Manage PermissionsManage Permissions

Doa Selamat bakal Jemaah Haji KSSUP




Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Sumber-Sumber Utama dan pelancongan

 



 

JALAN MENTERI BESAR, Khamis, 11 Julai. - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Doa Selamat bagi enam orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada warga kementerian ini sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

 

Majlis berlangsung di Bilik VIP, Bangunan KSSUP, di sini.

 

Pada majlis itu, penyampaian sumbangan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian tersebut dan jabatan-jabatan di bawahnya kepada bakal jemaah haji disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; juga Pegawai-pegawai Kanan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.



Close