Manage PermissionsManage Permissions

Doakan bakal Jemaah Haji KHEU



Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis. 11 Julai. - Seramai 46 orang warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, Majlis Doa Selamat Bakal Jemaah Haji bagi kementerian berkenaan diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, KHEU, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Doa Selamat, khusus bagi memohon limpah rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, khasnya bakal Jemaah Haji Warga KHEU diberikan perlindungan dan keselamatan juga semoga segala amal ibadah mereka diterima dan beroleh haji yang mabrur.

 

Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh.

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.



Close