Manage PermissionsManage Permissions

Perutusan tahniah pelantikan semula PM Thailand







BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama General Prayut Chan-o-cha (Bersara) di atas pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri Thailand.

 

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Tuan Yang Terutama akan beroleh kejayaan dalam kerajaannya yang baharu dan berharap akan dapat berpeluang mengukuhkan hubungan erat dan bernilai yang selama ini dinikmati oleh kedua-dua buah negara, baik di peringkat dua hala mahu pun sebagai rakan kongsi serantau. Baginda seterusnya berharap akan dapat berjumpa dengan TYT nanti di Mesyuarat Kemuncak ASEAN Ke-34 di Thailand.

 

Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda mengucapkan salam muhibah kepada TYT dan semoga sentiasa berada dalam kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

 


Close