Manage PermissionsManage Permissions

Berhemahlah gunakan wang agihan zakat




Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 

 



LUMAPAS, Rabu, 15 Mei. - Sejumlah BND19,820.00 diserahkan kepada sebanyak 47 keluarga terdiri daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin di negara ini.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin menjelang Hari Raya Tahun 1440 / 2019M diadakan di Masjid Kampung Lumapas dan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat (MUIB).

 

Pada tahun ini, sebanyak BND1,333,570.00 diperuntukkan kepada 8,435 orang penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang mana peruntukkan ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir dan Miskin melalui kutipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta Tahun 1439H / 2018M.

 

Hanya sebahagian daripada jumlah 8,435 orang yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin seluruh negara akan menerima agihan di masjid-masjid, manakala sebahagian yang lain akan menerimanya melalui akaun bank masing-masing.

 

Adalah diharapkan dengan adanya agihan zakat itu akan dapat meringankan beban asnaf fakir dan miskin juga dapat menampung perbelanjaan menjelang Hari Raya yang bakal tiba, di samping sentiasa berhemat cermat dalam berbelanja.

 

Semoga para asnaf fakir miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.



Close