Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan menerima Keberangkatan Muhibah Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI



Oleh: Haniza Abdul Latif / Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima Keberangkatan Muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

 

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat  Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman.

 

Turut berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

 

Juga berangkat mengiringi Keberangkatan Muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim; Yang Mulia Tengku Suraiya Afzan dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

 

Majlis Keberangkatan Muhibah diteruskan dengan Majlis Santap Diraja yang diadakan di Baitul Rahmah.

 

Majlis Santap Diraja dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia kemudian berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada kumpulan gulintangan.

 

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16 pada 31 Januari 2019 di Balairung Seri, Istana Negara di Kuala Lumpur.

 

Setentunya dengan Keberangkatan Muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berserta kerabat diraja ini akan terus menghubungkan silaturahim dan persaudaraan serta kerjasama erat dan mesra yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.



KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia berkenan beramah mesra bersama kumpulan gulintangan



KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia berkenan berbual mesra sebelum Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia berkenan meninggalkan Istana Nurul Iman.


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika berangkat ke Majlis Santap Diraja yang diadakan di Baitul Rahmah.


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika berangkat ke Majlis Santap Diraja yang diadakan di Baitul Rahmah.


JUGA berangkat sama ke majlis tersebut ialah  kerabat-kerabat diraja yang lain



KERABAT-kerabat diraja berkenan berangkat pada Majlis Santap Diraja


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan paduka-paduka anakanda melambai mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sejurus Keberangkatan Muhibah berakhir


KERABAT-kerabat diraja berkenan berangkat pada Majlis Santap Diraja


KERABAT-kerabat diraja berkenan berangkat pada Majlis Santap Diraja


KERABAT-kerabat diraja berkenan berangkat pada Majlis Santap Diraja



Close