Manage PermissionsManage Permissions

TKBS terima sumbangan daripada TelBru



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Disember. – Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dan hari ini, TKBS menerima sumbangan berjumlah BND10,000 daripada Telekom Brunei Berhad (TelBru).

 

Majlis telah diadakan di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Holliday kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin; Ketua Komunikasi Korporat TelBru, Awang Haji Ideris bin Haji Ali; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong serta pegawai-pegawai kanan di KKBS.

 

TKBS juga menerima sumbangan derma sebanyak BND10,000.00 daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan sebanyak BND500.00 daripada Volkswagen Brunei semasa Acara Riadah Berbasikal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-57 pada hari Ahad, 25 November 2018. Kelab Golf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga telah menyumbangkan derma sebanyak BND1,620.00 pada hari Ahad, 2 Disember 2018. Penyerahan derma tersebut telah diserahkan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 


Close