Manage PermissionsManage Permissions

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kunjungi Pameran Lukisan Solo



Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Kemajuan Pelancongan




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Disember. - Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong telah mengadakan lawatan ke Pameran Lukisan Solo 'Raja Julangan Kasih Rakyat' oleh pelukis tempatan, Huifong Ng.

 

Pameran seni tersebut mula dibukakan kepada orang ramai pada 3 Disember lalu hingga 3 Januari 2019 di Galeri Seni, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

 

Pameran tersebut merupakan salah satu acara di bawah tema Seni Kreatif dan kebudayaan bersempena dengan Brunei December Festival 2018.

 

Tumpuan utama pada pameran seni itu adalah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menyampaikan khutbah pada Sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid Omar 'Ali Saifuddien pada tahun 1992.

 

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seterusnya menyaksikan 10 lukisan Huifong Ng yang lain.

 

Pameran yang mengangkatkan tema keakraban seorang raja yang berwibawa bersama rakyatnya itu juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada artis tempatan mempamerkan hasil karya mereka.



Close