Manage PermissionsManage Permissions

Didik para belia lebih berdisiplin, berdikari



​Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

 



 

LUMUT, Selasa, 11 September. - Seramai 35 belia telah menyertai Program Bas Belia anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Jabatan Daerah di keempat-empat Daerah kali pertama diadakan sebagai program sampingan bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-13 Tahun 2018.

 

Program berkenaan merupakan acara kesinambungan daripada Program Pertukaran Belia Daerah-Daerah yang mula diperkenalkan pada tahun 2016, sebagai salah satu langkah permulaan menuju ke arah percambahan program ke peringkat Borneo dan mengorak pembentukan belia yang Syumul dan cemerlang.

 

Belia-belia dari keempat daerah dikumpulkan sebagai lambang perpaduan dan integrasi dengan menjelajah ke seluruh negara berlandaskan kepada Enam Bidang Strategi Penting dalam Dasar Belia Negara.

 

Program tersebut juga memberi peluang kepada para peserta mendengarkan taklimat daripada Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad.

 

Semasa program dijalankan Pelita Brunei berkesempatan menemu bual Awang Muhammad Adi Amirul Mustaqim bin Mohd. khairul Amin,18 tahun dan Awang Mohd. Ali Hasan bin Selamat, 17 tahun, berkata program yang disertai mereka amat sesuai untuk disertai oleh seluruh peringkat belia di negara ini.

 

Antara pengalaman berharga yang mereka perolehi melalui program yang dianjurkan apabila berkesempatan bermalan di Rumah Panjang Memdaram Besar.

 

''Bermalam di Rumah Panjang mengajar kami cara untuk berdikari dan menjalani hidup yang berdisiplin terutama dalam mengerjakankan sembahyang lima waktu secara rutin dan teratur,'' jelas mereka.

 

Pengalaman yang benar-benar meninggalkan kesan kepada mereka apabila mereka terpaksa berjauhan dengan kedua ibu bapa serta keluarga.

 

Tambah mereka berdua lagi, segala ilmu yang diperoleh akan dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian, selain

berazam untuk berubah menjadi belia yang lebih optimis, berdisplin dan berwawasan.

 

Program juga bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan perkembangan diri, kepimpinan, daya usaha, persefahaman bagi menanam semangat danpendedahan berkhidmat kepada masyarakat. Selainmengenali  dengan lebih dekat lagi identiti, budaya dan masyarakat di daerah-daerah di negara ini.

 


Close