Manage PermissionsManage Permissions

Serlah bakat menulis Khat Jawi dan berpidato



​Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 September. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Peraduan Menulis Khat Jawi dan Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj kelapan universiti berkenaan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC), di sini.

 

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr. Adam bin Haji Jait.

 

Peraduan menulis khat jawi Kategori 'A' bagi mahasiswa institut pengajian tinggi dan pelajar pusat tingkatan enam dimenangi oleh Awang Bolhannuddin bin Haji Abdul Wahab; Kategori 'B' bagi orang ramai yang berumur 15 tahun ke bawah dimenangi oleh Awang Abdul Fattah Azizi bin Kamarudjaman dan Kategori 'C' bagi orang ramai yang berumur 16 tahun ke atas, Awang Alomsa Nor Adzmin Bin Haji Alli Omar.

 

Sementara bagi Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Awang Muhammad Harith Faiz bin Haji Kalong.

 

Peraduan Menulis Khat Jawi bagi Kategori 'B' dan 'C' telah pun diadakan selama dua hari bermula pada 9 dan 10 September yang lalu.

 

Manakala Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris diadakan pada pagi 11 September di Dewan Persidangan Utama, ICC.

 

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 37 'vendors' bazar sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-8 oleh tetamu kehormat.

 


Close