Manage PermissionsManage Permissions

Atlet Brunei sertai Sukan Pelayaran



​Berita dan Foto : Saerah Haji Abdul Ghani





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 September. - Lima orang ahli rombongan terdiri dari seorang urusetia, dua pegawai perubatan dan pengurus serta seorang atlet Pelayaran yang akan menyertai Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018 berlepas ke Perak, Malaysia.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed serta pegawai dan kakitangan KKBS. Rombongan diketuai oleh Berandai bin Dadong selaku


Pegawai Perhubungan Urusetia kontinjen negara bagi SUKMA, yang dijadualkan berlangsung di Perak, Malaysia pada 12 hingga 22 September 2018.


Sebanyak sembilan acara sukan iaitu Boling Padang, Lumba Basikal, Pelayaran, Olahraga,


Pencak Silat, Taekwando, Tenpin Boling, Karatedo dan Wushu akan disertai oleh kontinjen Negara Brunei Darussalam pada SUKMA edisi kali ini.


SUKMA adalah Temasya Sukan Remaja Kebangsaan anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri sebagai tuan rumah.


Ia merupakan kejohanan beraneka sukan yang berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.



Close