Manage PermissionsManage Permissions

MRSB adakan acara Walkaton Hijrah



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Hamzah Mohidin

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 September. - Bersempena dengan menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah 1440, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar melalui Bahagian Riadah dan Hari Kebesaran Islam telah mengadakan Acara Walkaton Hijrah bertempat di masjid berkenaan.

 

Antara yang menyertai acara walkaton tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, selaku Penaung Takhmir Masjid (MRSB).

 

Acara didahului dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah diikuti dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Awang Abd. Rahman bin Ajak yang antara lain menyentuh mengenai 'llmu dan Amal Nadi Wawasan Negara'.

 

Terdahulu sebelum bermulanya acara walkton, acara dimulai dengan menaikkan bendera negara seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai diikuti dengan sesi senaman pemanasan badan.

 

Lebih 50 orang menyertai acara terdiri daripada Jemaah MRSB, Penduduk Kampung Sungai Akar dan peserta-peserta khatam 72 kali khatam sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Walkaton sejauh 2 kilometer bermula dan berakhir di masjid berkenaan.

 

Antara tujuan utama acara diadakan ialah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei sebagai Negara Zikir, di samping mengamalkan cara hidup sihat.

 

la juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim serta menyokong visi dan misi MRSB, iaitu menjadikan MRSB sebagai pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat yang bertakwa ke arah mencapai hasrat Negara Zikir.

 


Close