''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
MASJID Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Kampung Jangsak, Gadong kira-kira 14 kilometer dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 2 September 1996 dan siap setahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak BND4,136,070. Masjid ini adalah kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang beragama Islam serta bantuan daripada Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam. Masjid ini mula digunakan pada hari Khamis, 29 April 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung 1,200 orang jemaah.
SUMBER : mora.gov.bn.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam